Ahad, 6 Disember 2009

KOD E DALAM MAKANAN YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI

1 E 100 16 E 280 31 E 434 46 E 482 2 E 110 17 E 300 32 E 435 47 E 483 3 E 120 18 E 301 33 E 436 48 E 491 4 E 140 19 E 325 34 E 440 49 E 492 5 E 141 20 E 326 35 E 441 50 E 493 6 E 153 21 E 327 36 E 470 51 E 494 7 E 160 22 E 334 37 E 471 52 E 495 8 E 161 23 E 335 38 E 472 53 E 542 9 E 210 24 E 336 39 E 473 54 E 570 10 E 213 25 E 337 40 E 474 55 E 572 11 E 214 26 E 422 41 E 475 56 E 631 12 E 216 27 E 430 42 E 476 57 E 635 13 E 234 28 E 431 43 E 477 58 E 904 14 E 252 29 E 432 44 E 478 59 E 920 15 E 270 30 E 433 45 E 481

Penulis menerima e-mail tentang E-Codes yang mengandungi lemak babi daripada seorang sahabat. Sebaik sahaja menerimanya, penulis mencari fakta daripada beberapa laman web dalam dan luar negara serta laman agensi kerajaan untuk memastikan yang e-mail ini bukan berunsur fitnah. Setelah yakin, maka diperturunkan di sini kod-kod tersebut yang boleh dijadikan rujukan kita semasa membeli makanan. Sebaiknya kod ini disalin dan disimpan dalam dompet kita sebagai rujukan.

Kod E terdapat dalam bahan makanan(pewarna, perasa) dan mengandungi lemak atau unsur babi. Kod “E” merujuk kepada piawaian Europe/ Eropah. Sila perhatikan label makanan sebelum membelinya. Lebih-lebih lagi makanan ringan, snek atau jajan. Cap HALAL bukan jaminan.

Penulis, sejak dahulu lagi melarang anak-anak membeli jajan. Namun, lumrah kanak-kanak, semakin dilarang semakin ingin dicuba. Di rumah kita boleh mengawal, tetapi bila di luar, atau ke sekolah, bebaslah mereka. Kadang-kadang terasa sangat sakit hati pada para penjual yang menjual jajan ini. Kebanyakan mereka adalah yang tinggal berhampiran sekolah. Tidak salah berniaga untuk menambah pendapatan, tapi lihatlah apa produk yang dijual. Boleh dikatakan mereka ini lebih 90% Melayu Islam, menjual jajan-jajan yang dah tentu tidak menyihatkan kepada anak-anak Melayu Islam juga… Sekalipun halal, jajan tetap jajan, tidak berkhasiat dan ada kesan sampingan. Sudah menjadi misi orang bukan Islam untuk menghancurkan umat Islam, jadi tak perlu dipolemik apa yang mereka lakukan. Apa yang penting, kita sendiri sebagai umat Islam wajib menjaga apa yang kita, anak-anak kita dan saudara seagama kita makan kerana ia juga satu fardhu Kifayah. Kalau tangan kita yang merosakkan anak bangsa kita sendiri…fikir-fikirkanlah!

Tiada ulasan: